Ikan Kukus Bakar Bersusu

Ramuan / Bahan

3 cm halia (dimayang)
2 batang serai (dititik)
5 ulas bawang putih (dimayang)
1 ekor ikan siakap sederhana besar (dibuang tulang) Garam
Lada Sulah
Tepung Jagung
1 cawan susu segar

Cara-cara

Bersihkan ikan dan toskan. Letakkan ikan kedalam loyang pengukus. Tuangkan susu segar, masukkan bawang putih, serai, lada sulah dan garam secukupnya. Kukus sehingga masak. Setelah masak angkat ikan dan tapis baki air kukusan. Masukkan sedikit tepung jagung dan kacau di atas api kecil perlahan-lahan hingga pekat. Kemudian tuangkan semula keatas ikan hingga meliputi keseluruhannya. Bakar didalam ketuhar hingga ikan nampak kekuning-kuningan. Hidangkan.