Ikan Kukus ala Brunei

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan merah (sederhana besar)
½ biji lemon-jangan buang kulitnya(dihiris tebal)
5 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa
sedikit ajinamoto Bahan dihiris nipis:
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 cm halia
3 biji cili api

Cara-cara

Bersihkan ikan. Masukkan ikan ke dalam bekas. Taburkan lemon, minyak bijan, sos tiram, garam, ajinamoto dan bahan-bahan yang dihiris nipis di atas ikan tersebut. Kukus sehingga mata ikan berwarna putih.