Ikan kukus

Ramuan / Bahan

1 ketul ikan kurau atau jenahak merah (dibersihkan)
½ biji limau nipis (diperah airnya)
2 biji bawang merah (dihiris nipis)
2 cm halia (dibuang kulit dan dihiris nipis)
2 cm halia (dibuang kulit dan dihiris nipis)
½ biji benggala merah (dihiris memanjang)
Secubit garam Bahan untuk hiasan:

1 biji bawang besar (dihiris bulat nipis)
½ biji benggala (dihiris nipis memanjang)

Cara-cara

Bubuh ikan kurau atau jenahak merah di dalam pinggan.

Tuangkan perahan limau nipis pada seluruh ikan.

Kemudian taburkan bawang merah bersama halia, lada benggala merah dan garam di atasnya.

Kukus ikan, lima minit atau sehingga ia masak. Hidangkan bersama nasi dan sayur jika suka.