Ikan Kerapu Bercili

Ramuan / Bahan

350 gm ikan kerapu
3 batang bendi
1 biji lemon ( dikupas kulitnya & dihiris halus)
2 sudu besar cili merah (tumbuk)
1 sudu besar minyak sayur 1 sudu kecil bawang kecil (dicincang)
½ sudu kecil bawang putih (dicincang)
Garam & lada secukup rasa
1 batang daun bawang kucai (dihiris halus)

Cara-cara

Basuh bersih ikan kerapu, gaulkan bersama garam, lada sulah & air perahan lemon. Setelah itu goreng menggunakan minyak. Pastikan api dapur sederhana. Di kuali lain, panaskan minyak sayur & goreng bawang putih, bawang kecil & cili tumbuk 3 minit. Masukkan garam & lada sulah secukup rasa. Angkat & ketepikan. Gunakan kuali yang lain, goreng lemon & daun bawang kucai menggunakan minyak kelapa. Setelah semuanya siap, letakkan ikan di dalam pinggan, taburkan gorengan daun bawang kucai goreng & lemon di atasnya. Manakala cili goreng diletakkan sebelahnya. Jerang air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Sesudah itu masukkan bendi selebihnya & biarkan air mendidih lagi selama 1 minit. Buang air & tapiskan bendi tadi. Aturkan di dalam pinggan.