Ikan Kembung Masak Cuka

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan kembung
2 biji cili hijau - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dipotong bulat
Sedikit cuka (ΒΌ cawan)
Gula
Garam
Minyak untuk mengoreng
Sedikit halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
Satu sudu kecil halba
1 batang mentimun
4 cawan air

Cara-cara

Ikan kembung dibasuh bersih dan digoreng hingga garing. Ketepi kan.
Masuk kan sedikit minyak dan goreng bawang putih, bawang merah, halia dan halba sehingga naik bau. Setelah itu masukan 4 cawan air, bawang besar, cili hijau, mentimum (dipotong keci-kecil, buang empulurnya.Kemudian tuang sedikit cuka, gula dan garam dan ikan yang telah digoreng tadi. Didihkan sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan.