Kebab Tasek Mutiara

Ramuan / Bahan

500g daging (dicincang)
100g sayur campuran
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
1 sudu teh serbuk perencah ayam Knorr
2 sudu puri tomato
5 biji bawang merah (dicincang halus)
3 biji bawang putih (dicincang halus)
3 sudu cili giling
6 keping roti pita
garam dan gula secukup rasa
sedikit sos dan mayonis
timun,tomato dan salad (untuk hiasan)


Cara-cara

1.Tumiskan bawang putih dan merah sehingga kekuningan.
2.Masukkan daging dan goreng hingga garing.
3.Masukkan cili giling dan biar di atas api hingga naik minyak.
4.Campurkan puri tomato dan serbuk perencah ayam Knorr.
5.Masukkan cendawan yang dihis dan sayur campuran dan tutup kuali untuk melembutkan sayuran.
6.Setelah masak asingkan di dalam pinggan.
7.Gaul daging yang telah dimasak bersama-sama sos cili/tomato dan mayonis.
8.Potong roti pita kepada 2 bahagian.
9.Masukkan bahan hiasan kemudian daging tersebut.
10.Panggang roti pita hingga garing dan siap untuk dihidang.