Ikan Goreng Masak Terutup

Ramuan / Bahan

300 gm ikan parang atau bawal
7 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai - dititik Air asam jawa secukupnya
1 senduk minyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan, gaul garam dan kunyit lalu digoreng seperti biasa.

Cili, bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi baru bubuh serai.

Apabila garing masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan ia pecah minyak baru masukkan ikan goreng. Gaul rata, rasa garam dan gula baru angkat.