Kanape Dwi Perayaan

Ramuan / Bahan

125 gm keju krim
100 gm mentega
1 sudu teh garlic salt (dijual di pasar raya)
½ sudu teh Italian seasoning
2 sudu besar hirisan daun parsli ½ sudu teh serbuk cili
Secubit garam
1 sudu teh perahan limau nipis
40 gm badam bakar (dicincang kasar)
Kepingan roti bakar secukupnya (dipotong segi empat sederhana besar)

Cara-cara

Kacau keju krim bersama mentega di dalam mangkuk hingga ia sebati. Masukkan semua bahan lain, kecuali badam dan roti bakar, kacau hingga ia sebati. Bentuk adunan memanjang selebar 2 cm. Golekkan adunan di dalam badam bakar. Kemudian bungkus ia dengan palstik. Bubuh di dalam peti sejuk hingga ia keras. Keluarkan. Hiris adunan di atas kepingan roti bakar. Buat hingga habis adunan dan roti. Hidangkan.