Ikan Goreng Cencaru Sumbat ala Kampung

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan cencaru yang bersaiz besar
minyak masak untuk menggoreng
3 batan cili merah
4 batang cili api/padi
2 ulas bawang besar
¾ ulas bawang putih
sedikit belacan
satu sudu kecil gula
garam secukup rasa
asam jawa

Cara-cara

1.ikan dibelah belakang untuk membuang isi perut dan dicuci terlebih dahulu
2.campurkan cili merah,cili api,bawangbesar,bawang putih,belacan,gula garam dan tumbuk sehingga hampir lumat.
3.sumbatkan bahan yang ditumbuk kedalam perut ikan tersebut.
4. bahagian luar ikan dilumur dengan asam jawa dan garam
5.kemudian panaskan minyak dan masukkan ikan satu persatu.
6. goreng ikan tersebut sehingga garing masak.