Ikan Cencaru Bakar Sambal Ikan Bilis

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan cencaru
1 gram ikan bilis
sos cili
sedikit kicap manis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
1 batang serai 2 sudu minyak masak
serbuk kunyit
daun pisang
1 biji limau kasturi
belacan
sedikit garam, gula dan perasa

Cara-cara

Mula-mula bersihkan ikan dan dibelah belakang. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian bakar sehingga masak dan diletak tepi.
cara untuk membuat sambal ikan bilis : bawang merah, bawang putih, serai, belacan, cili kering dikisar lumat. panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos cili, kicap manis dan sedikit air. masukkan garam, gula dan perasa. biarkan mendidih. angkat dan tuankan ke atas ikan cencaru yang telah dibakar tadi dan akhir sekali perah limau kasturi