Ikan Cabai Cuka

Ramuan / Bahan

600 gm ikan tenggiri
50 gm bawang putih
30 gm cili merah
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung ubi
8 sudu besar minyak
2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cuka
1 sudu teh gula
1 biji timun
1 sudu teh gula
1 biji timun
2 biji tomato
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan dan potong 2.5 cm x 3 cm. Cincang bawang putih dan cili merah kasar-kasar. Potong timun dan tomato bulat-bulat. Campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Golek ketul-ketul ikan di dalam campuran tepung. Panaskan 7 sudu besar minyak dan goreng ikan, Tos dan ketepikan. Panaskan 1 sudu besar minyak. Masukkan bawang putih dan kacau hingga kuning. Masukkan cili dan kacau selama 2 minit. Masukkan sos cili, sos tomato, cuka, gula dan garam. Kacau selama 5 minit. Susun ikan yang telah digoreng di dalam pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato. Tuangkan kuah ke atas ikan goreng dan hidangkan.