Ikan Brastagi

Ramuan / Bahan

800 gm ikan siakap (seekor)
30 gm bawang merah
10 gm bawang putih
10 gm halia
10 gm serai
10 gm cili padi
30 gm buah keras 10 gm ketumbar
5 gm jintan manis
5 gm jintan putih
20 ml air asam
100 ml santan
20 ml gula melaka
40 ml minyak sapi

Cara-cara

Bersihkan ikan dan belah bahagian tengahnya dan kembangkan seperti rama-rama. Lumurkan sedikit garam dan kukus sehingga masak. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya. Masukkan ketumbar, jintan putih, jintan manis dan buah keras yang dikisar, biarkan ia masak dan naik minyak. Masukkan santan, gula melaka, air asam dan garam secukup rasa. Setelah sos masak, letakkan ikan di dalam bekas dan tuangkan sos ke atasnya. Hiasi hidangan mengikut selera masing-masing.