Greek Salad

Ramuan / Bahan

4 biji buah tomato (lebih elok vine tomatoes)
Setengah biji bawang besar
Minyak zaitun Extra Virgin (secukupnya)
Keju Feta (sesuka hati) 10 biji Buah zaitun (lebih elok yang hitam/ gelap)
Daun oregano kering (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)

Cara-cara

Potong buah tomato (besar-besar). Hiris bawang besar (hiris kasar). Masukkan kedua-dua bahan ke dalam mangkuk. Curahkan minyak zaitun secukupnya (jangan terlampau berminyak). Masukkan buah zaitun (ukuran sesuka hati). Kemudian campurkan sedeikit oregano dan garam secukup rasa. Gaul rata.