Ikan Betutu Masak Tempoyak

Ramuan / Bahan

Seekor ikan betutu - sederhana besar
60 gm tempoyak
4 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
Sebiji buah tomato - di potong empat bahagian
2 biji cili merah - dibelah dua Sebatang serai - dititik
Sekeping asam keping
Sesudu serbuk kunyit
6 biji cili padi - ditumbuk
½ biji kelapa - diambil santannya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar sehingga garing. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika. Masukkan serai, asam keping, tempoyak, tomato, cili merah, santan, garam dan gula secukup rasa dan biarkan beberapa minit. Masukkan ikan dan perlahankan api. Setelah ikan masak, bolehlah angkat untuk dihidangkan.