Ikan Berkuah Lada Hitam

Ramuan / Bahan

3 keping ikan tenggiri
1~Bahan untuk di tumbuk atau blender:
1 inch. halia
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm. sedikit kunyit hidup
1 sudu makan biji lada hitam
belacan sebesar ibu jari

2~ 1 mangkuk air asam jawa
2 biji chili hijau
2 biji terung panjang di potong bulat serong.
2 sudu minyak masak
garam
serbuk kunyit

Cara-cara

bersihkan ikan dan di garam kunyitkan dan digoreng ( tdak perlu terlalu masak).

Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik baunya dan masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa, biar kan mendidh sebentar ( di tambah air jika mahukan kuah yang banyak tetapi tidak terlalu cair)dan masukkan ikan, terung dan chili. Masak selama 15 minit atau sehingga terung lembut, angkat dan hidangkan.