Ikan Berempah Bakar

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan (terpulang tp ikan berlemak lebih baik)
7 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bwg besar (dikisar)
2 ulas bwg putih (dikisar)
1.5 cm halia (dikisar)
sedikit belacan
1.4 cwn pati air asam jawa
1 biji carrot (dihiris memanjang 2.5 cm)
Sedikit bunga kobis
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit hirisan bawang
Sedikit garam dan gula.

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar.
2. Apabila cili sudah garing, masukkn air asam jawa, garam dan gula.
3. Kecilkan api dan biarkan sehingga pekat.
4. letakkan ikan di atas ketas foil dan curahkan bahan tumis.
5. Taburkan hirisan sayuran dan hirisan bawang.
6. Tutup ikan dgn sekeping lg ketas foil dan pastikan air curahan tidak tertmpah.
7. Letakkan ikan td di atas kuali dan bakar sehingga ikan masak.