Biskut Kacang Kelapa

Ramuan / Bahan

600 gm kacang tanah
1½ cawan mentega
1½ cawan gula pasir 1 biji kelapa parut (buang kulit arinya)
½ sudu teh esen vanila

Cara-cara

Kelapa digoreng tanpa minyak. Kacang tanah digoreng dan ditumbuk lumat.

Pukul gula dengan mentega sampai kembang kemudian masukkan kacang. Masukkan kelapa dan esen vanila uli hingga sebati.

Masukkan ke dalam acuan kuih putu, tekan dan keluarkan. Bakar hingga masak.