Garfield Lasagna

Ramuan / Bahan

4 ketul isi ayam
sepeket mee lasagna(mee pasta/spageti)
1 kiub ayam
ΒΌ cawan air panas
8 aun keju krim (dilembutkan)
2 cawan keju mozarella
1 jag sos spageti

Cara-cara

1. rebus mee lasagna didalam air yg sedikit masin sehingga cukup lembut dan toskan.
2. rebuskan isi ayam sehingga empuk.
3. Panaskan oven kepada 175 darjah celcius. Larutkan kiub ayam dalam air panas.
4. Dalam mangkuk yang besar, campurkan isi ayam, kiub ayam yang telah dilarutkan, keju krim dan keju mozarella.
5. Ratakan 1/3 sos spageti di dasar bekas acuan. Masukkan campuran ayam tadi, dan diatas sekali dengan 3 mee lasagna. Ulang sehingga memenuhi bekas.
6. Masak sehingga 45 minit didalam oven.