Ikan Bawal Bersos

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal hitam (digoreng garing)
4 biji cili merah
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia 1 cm kunyit hidup
½ biji kelapa (ambil santannya)
1 keping asam gelugur
Garam
Gula

Cara-cara

Masukkan santan bersama bahan-bahan yang sudah digiling halus dalam kuali. Masak dengan api sederhana.

Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih dan kuahnya pekat.

Tuang kuah ke atas ikan yang sudah digoreng.