Gulai Siam Ikan Keli

Ramuan / Bahan

600 gm ikan keli (dibersihkan & dipotong)
1 sudu besar asam jawa
½ sudu besar garam
3 cawan santan daripada sebiji kelapa
10 biji cili padi
1 cawan terung belanda
5 - 6 helai daun kemangi
3 - 4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa Bahan-bahan digiling:
10 - 15 tangkai cili kering
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 batang serai
4 ulas bawang merah

Cara-cara

Perap ikan keli bersama asam jawa dan garam. Gaul sekali-sekala hingga isi ikan berubah putih (tidak hanyir). Cuci dengan air bersih. Kacau santan bersama Bahan-bahan giling hingga mendidih. Masukkan cili padi, terung belanda dan ikan. Kacau sehingga ikan hampir masak. Masukkan daun kemangi, daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula. Kacau rata. Didihkan kuah di atas api perlahan hingga pekat dan pecah minyak.