Gulai Ikan Kering

Ramuan / Bahan

1 kepala ikan kering talang
150 gm kacang panjang
4 biji terung
2 biji kelapa, diambil santannya
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kari ikan

2 sudu besar minyak
1 camca teh air asam jawa
½ camca halba campur
2 ketul keledek
2 tangkai daun kari
2 gelas air
Sedikit garam

Cara-cara

Potong kacang panjang, keledek dan terung pula dibelah empat.

Bersihkan kepala ikan talang dan potong mengikut suka.

Bancuh rempah kari bersama sedikit air dan jerang selama lima minit.

Masukkan keledek, kacang panjang, dan terung. Kacau selalu.

Masukkan santan, garam dan air asam jawa.

Apabila masak, angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur, dan daun kari hingga kuning dan wangi.

Kemudian, tuang tumisan ini ke dalam gulai yang telah masak. Kacau perlahan-lahan dan tutup periuk.