Gulai Berempah

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan tongkol (sederhana besarnya)
½ biji kelapa (diambil santannya)
2 biji cili merah dan cili hijau
2 bungkus rempah kari
3 keping asam gelugur
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar 1.2 sm halia
2 ulas bawang putih
3 biji tomato (diblender)
2 camca besar cili giling atau serbuk
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan anda, setelah itu gaulkan dengan garam dan asam gelugur. Kemudian kukuskan dengan sedikit air hingga masak. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling hingga lumat. Cili merah dan hijau dibelah dua tapi jangan putus. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, setelah itu tumiskan bahan yang telah digiling serta cili giling. Masukkan bersama rempah serbuk yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan hingga naik minyak, masukkan tomato yang telah diblender tadi dan tunggu hingga naik minyak sekali lagi. Masukkan santan, masak hingga mendidih baru masukkan ikan, asam gelugur serta air bekas kukusan ikan tadi. Tambahkan garam secukupnya. Bila kuahnya agak pekat, masukkan cili yang telah dibelah tadi dan bolehlah diangkat.