Fish & Chip My Hubby

Ramuan / Bahan

IKAN
2 Keping ikan sederhana besar yg dijual di pasaraya
2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
Sepotong halia (dikisar)
Satu sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
Sedikit jintan manis (ditumbuk halus)

Air limau nipis dari ½ biji limau nipis
1 biji telur dipukul + garam
5 keping biskut tawar (dihancur halus)
Garam dan gula

FRENCH FRIES
4 biji ubi kentang saiz besar di potong panjang2
ATAU
French Fries yg dibeli dipasaraya

Cara-cara

Cara memasak IKAN
1. Perap kepingan ikan dgn bahan2 yang dikisar, serbuk lada hitam, jintan manis, lada sulah dan air perahan limau nipis
2. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa. Perap minimum 2 jam.
3. Panaskan minyak (untuk deep fry), salutkan kepingan ikan dgn telur dan kemudian salutkan dengan biskut yg telah dihancurkan.
3. Setelah kekuningan, boleh diangkat dan di hidang

Cara memasak FRENCH FRIES:
1. Panaskan minyak. Masukkan sedikit garam. goreng french fries sehingga kekuningan.
2. Enak di hidang bersama kepingan ikan yg digoreng tadi