Cutlet Ikan

Ramuan / Bahan

Ikan - tenggiri, kurau and etc ikut suka
(direbus bersama sedikit garam dan hirisan halia. Setelah masak asingkan isi ikan daripada tulangnya)

tahu - i keping (diramas)
kentang - 1 atau 2 biji (dibuang kulit, potong kecil dan direbus)
cauliflower - ikut suka (dipotong kecil dan direbus)
daun sup - ikut suka (dihiris nipis)
cili merah - 1 atau 2 biji (hiris nipis)
*cili merah boleh di ganti dgn cili padi kepada yang suka makan pedas2x)
karot - ¼ biji (diparut halus)
bawang merah - 1 biji besar (didadu)
pati ikan bilis (tumix brand)ikut rasa
tepung jagung - 4 atau 5 sudu makan
serbuk garam masala - 3-4 sudu makan (ikut suka)
serbuk kunyit - ½ sudu teh
bread crumb
telur - 1 biji (di pukul)
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Ambil isi ikan yang telah diasingkan daripada tulangnya dan pastikan tiada tulang dalam isi itu.
2. campurkan tahu, cauliflower, kentang and ramas guna tangan.
3. Setelah sebati campurkan b.merah, karot, daun sup, serbuk garam masala, serbuk kunyit,cili merah, pati ikan bilis dan garam.
4. Simpan adunan itu dalam peti sejuk selama 30 minit untuk sebati.
5. Panaskan minyak. Buat bebola bujur dgn adunan itu (atau bulat- ikut suka hati)
6. Celupkan bebola itu dalam telur dan gaulkan bread crumb atasnya. Goreng tenggelam dalam minyak panas.