Botok

Ramuan / Bahan

Ikan tenggiri / kembung - perap dgn sedikit garam

BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia

sedikit air asam jawa
serbuk kari daging
kerisek kelapa
garam dan gula secukup rasa
daun pisang yang dilayur
segala ulam kampungg tapi yang asas adalah pucuk ubi ( pucuk buas,daun mengkudu,daun kedondong,pucuk labu,pucuk betik,bunga betik )

Cara-cara

1. Campurkan bahan yang dikisar dengan serbuk kari,air asam jawa,gula dan kerisek. Gaul hingga sebati. Jgn terlalu pekat ataupun cair
2. Bersihkan dan siang daun ulaman. Asingkan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diramas dan dicampurkan dengan bahan yang telah digaul.
3. Susun daun ulam dgn ikan dan bungkus didalam daun pisang seperti bungkus kuih lepat.
4. Kukus sehingga masak