Beriani Ikan

Ramuan / Bahan

1200 gm beras
300 gm ikan (senangin atau tenggiri)
1.5 cm halia
¼ sudu teh lada putih
1 sudu teh jintan putih
½ sudu teh jintan manis
1 sudu besar minyak makan
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih
5 labu bawang merah Bahan-bahan untuk menumis nasi:
1.5 cm kulit kayu manis
1.5 cm halia
4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
1 tin susu cair
2 helai daun pandan

Cara-cara

Tumbuk atau mesin jintan putih, jintan manis, lada putih, bunga cengkuh, buah pelaga, bawang putih dan bawang merah. Panaskan 1 sudu besar minyak. Tumis bahan-bahan yang dimesin. Apabila kering masukkan ikan yang telah dibersihkan. Apabila sebati angkat. Manakala untuk menumis nasi pula, bersihkan beras dan toskan. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, halia, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Apabila kuning masukkan air bersama susu yang kedua-duanyasama banyak dengan sukatan beras. Masukkan daun pandan. Biarkan air mendidih. Masukkan beras dan kacau. Apabila hampir kering, masukkan ikan dan rempah-rempahnya sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan dan tutup sehingga masak.