Bergedil Seri Bayu

Ramuan / Bahan

1 kg ikan tenggiri, ambil isi sahaja
1 biji telur
3 batang kacang panjang, dipotong nipis
5 ulas bawang putih, ditumbuk
3 helai daun limau purut, dipotong halus
1 tangkai daun ketumbar, dipotong halus 1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 ½ sudu besar rempah kari merah
2 sudu kecil kicap cair
Garam secukup rasa
5 cawan minyak masak

Cara-cara

Ikan dibersihkan sebelum dicincang halus kemudian digaul hingga rata dengan bawang putih, kacang panjang, daun limau purut, daun ketumbar, serbuk lada sulah, rempah kari merah, kicap cair dan garam. Perap selama setengah jam. Masukkan telur dan gaul hingga rata. Kepalkan adunan isi ikan bulat-bulat kemudian leperkan sedikit sebelum digoreng hingga masak dengan api yang perlahan.