Bawal Hitam Sambal Kicap

Ramuan / Bahan

Ikan Bawal Hitam
Bahan A
4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih

1 ulas Bawang Besar - dikisar
4 sudu cili kering yang telah dikisar

Bahan B
2 sudu Sos Tomato
2 sudu Kicap Manis
2 sudu Kicap Masin

1 asam keping
garam secukup rasa

Cara-cara

Ikan bawal dibersihkan dan dipotong
Gaul ikan bersama garam dan kunyit, kemudian digoreng.
Tumbuk bahan A dan ditumis hingga naik bau. Masukkan cili kering yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan bahan B, bawang besar kisar, asam keping dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
Biarkan seketika, hingga agak pekat boleh lah diangkat.