Bawal Goreng dengan Sos Bijan

Ramuan / Bahan

6 ekor ikan bawal hitam
Sedikit garam
Sedikit kunyit untuk digaul ikan Bahan untuk sos:

7 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
½ cawan air suam
Sedikit bijan untuk ditabur
1 biji limau kasturi (diambil jusnya)

Cara-cara

Bersihkan ikan dan gaul bersama garam dan kunyit dan gorengkan garing.

Kisar halus cili merah, bawang merah dan bawang putih. Campur kesemua bahan kisar tadi bersama kicap cair, jus limau, minyak bijan dan air suam. Masak sehingga mendidih.

Angkat dan hidangkan bersama ikan bawal yang digoreng tadi. Tabur bijan di atas sos.