Fish and Chip

Ramuan / Bahan

Bahan A (Utk ikan)

3 Kepingan ikan yg dijual di pasaraya
5 sudu besar Kicap
1 sudu besar Sos tiram
2 biji air perahan limau kasturi (elak hanyir)
2 biji telur dipukul sebati
10 keping biskut lemak / cream cracker (dihancur2 kan) Bahan B (French Fries)
5 biji ubi kentang di potong panjang2
ATAU
Frenc Fries yg dibeli dipasaraya

Bahan C (Coselaw)
½ biji kobis saiz sederhana
1 biji karot
Mayonaise

Cara-cara

Cara memasak BAHAN A:
1. Perap kepingan ikan dgn kicap, sos tiram dan air perahan limau
2. Panaskan minyak, salutkan kepingan ikan dgn telur dan kemudian salutkan dengan biskut yg telah dihancuirkan tadi
3. Setelah kekuningan, boleh diangkat dan di hidang

Cara memasak BAHAN B:
1. Gaul ubi kentang dgn sedikit garam dan goreng sehingga empuk dan masak
2. Enak di hidang bersama kepingan ikan yg digoreng tadi

Cara memasak BAHAN C:
1. Parut Kobis dan karot mengikut cita rasa masing2 samada pjg2 ataupun spt KFC
2. Campurkan kesemua bahan2 dgn mayonaise secukupnya.
3. Sejukkan didlm peti sejuk.
4. Sebaiknya, sediakan sebelum menggoreng ikan dan kentang.