Asam Pedas Nyonya

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap/merah/jenahak
(sederhana besar)
*15 biji cili kering
*3 ulas bawang besar
*6 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup

* Dikisar 1 sudu besar otak udang
2 biji buah tomato
10 batang kacang bendi
6-10 biji tauhu kecil goreng
1 kumtum bunga kantan - dibelah 2 & diketuk
30 sen daun kesum - dileraikan
Sekepal asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Ikan dibuang perut sahaja dan dibersihkan dengan asam jawa (Jangan dipotong).
2. Tumis bahan yang dikisar didalam kuali sehingga naik aromanya.
3. Masukkan ikan yang telah dibersihkan biarkan seminit supaya ramuannya sebati.
4. Masukkan air asam jawa, garam, bunga kantan, daun kesum dan otak udang biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan tauhu goreng, tomato dibelah 4, kacang bendi dan biarkan ia sedikit lecur.