Fini Kolac

Ramuan / Bahan

6 biji telur
300 gm gula halus
2 camca teh serbuk penaik 200 gm tepung gandum
120 gm mentega, dicairkan
160 gm walnat, dicincang halus

Cara-cara

Telur dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik dan tepung gandum. Akhir sekali masukkan mentega. Kacau sebati. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar. Tabur walnat cincang di atas adunan. Bakar hingga kuning. Kemudian angkat dan sejukkan baru dipotong-potong sebelum dihidangkan.