Rendang Negeri

Ramuan / Bahan

1 kilo daging lembu

(Bahan A)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang puteh
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
1 genggam cili kering
2 batang serai

(Bahan B)
3 keping asam keping
sedikit garam
gula secukup rasa
ajinomoto secukup rasa

(Bahan C)
1 biji kelapa (digoreng untuk dijadikan kerisik)
4-5 helai daun kunyit (dihiris halus)
1 batang serai (dihiris halus)
7-8 helai daun limau purut (dihiris halus)


Cara-cara

1. Daging dipotong kecil-kecil, dibasuh dan ditoskan airnya. Kemudian masukkan ke dalam kuali.
2. Kelapa untuk kerisik hendaklah digoreng tanpa minyak hingga warna bertukar menjadi perang keemasan.
3.Kisar semua bahan A, gaul bersama daging yang telah dimasukkan ke dalam kuali tadi.
4. Masukkan bahan B.
5. Masukkan bahan C dan gaul sekali lagi supaya sebati.
6. Akhir sekali masak adunan rendang daging tersebut di atas api sederhana sehingga daging empuk dan mesra rasanya.