Rendang Daging Minang

Ramuan / Bahan

2 kg daging - dipotong ikut suka
3 sudu besar kerisik - pastikan kerisik tu bila masak hitam sedikit, jgn pulak sampai hangit
2 btg serai ditindik
2 helai daun kunyit di hiris
buah keras - tumbuk halus
Cili kering (blender)
Santan kelapa (sebiji)
Garam
Ajinomoto Bahan blender :

1 biji bwg besar
10 biji bwg merah
5 biji bwg putih
3 btg serai
lengkuas (pastikan pilih lengkuas yg tua n keras spy baunya sedap)
kunyit - seinci
cili padi

Cara-cara

Cara-cara;

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan blender + cili kering blender tadi+ daun kunyit
2. Bila dah naik bau, masukkan daging dan tunggu sampai air daging kering barulah boleh masukkan santan
3. Masukkan serai tindik, buah keras, garam, ajino
4. Bila kuah dah pekat dan daging dah lembut baru masukkan kerisik ( api sederhana jgn kuat sgt, daging ambil masa nk empuk )
5. Sesuaikan rasa