Rempah Masak Hitam

Ramuan / Bahan

1 1KG DAGING / SEEKOR AYAM
2 1 PEKET REMPAH MASAK HITAM KAK MEK (pastinya)
3 1 INCI HALIA
4 10 ULAS BAWANG MERAH
5 ½ BIJI KELAPA DI BUAT KERISIK
6 3 SUDU BESAR GULA
7 3 SUDU BESAR KICAP PEKAT
8 SEDIKIT AIR ASAM JAWA/CUKA
9 GARAM SECUKUP RASA
BAHAN NO 3 DAN 4 PERLU DI BAHAGI DUA BAHAGIAN,
SATU BAHAGIAN DIMAYANG ( UNTUK DITUMIS)
SATU BAHAGIAN DI MESIN BERSAMA 2 LABU BAWANG BESAR (KEMUDIANNYA DIGAUL DGN REMPAH MASAK HITAM KAK MEK )

Cara-cara

GAULKAN REMPAH MASAK HITAM KAK MEK DENGAN BAHAN-BAHAN DI ATAS KECUALI ASAM JAWA/CUKA DAN GARAM. TUMISKAN BAHAN PENUMIS YANG TELAH DIMAYANG SAMPAI WANGI DAN KUNING. KEMUDIAN MASUKKAN REMPAH MASAK HITAM YANG TELAH DIGAUL TADI. APABILA SUDAH CUKUP MASAK, BARULAH MASUKKAN DAGING DAN 2 GELAS AIR. SETELAH DAGING HAMPIR EMPUK MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA BESERTA AIR ASAM JAWA/CUKA. TUNGGU SEHINGGA AIR SEDIKIT KERING BARULAH ANGKAT UNTUK DIHIDANGKAN.