Daging Masak Dinding

Ramuan / Bahan

1 KG daging*direbus hingga lembut,di potong kecil dan di goreng garing
sedikit belacan
kicap pekat
air asam jawa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis bahan yang perlu di kisar:
3 batang serai
1 sm lengkuas
1 sm halia
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
10 biji cili hidup

Cara-cara

panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
masukkan air asam jawa,kicap pekat dan daging yang telah di goreng tadi.
kacau sebati dan setelah sebati bolehlah diangkat.