Daging Masak Asam Pedas

Ramuan / Bahan

500gm daging[direbus & dihiris nipis]
10 helai cili kering
7 biji bawang kecil
7 ulas bawang putih
1cm halia
1 camca jintan manis
1 camca lada hitam 3 helai daun limau purut
5 tangkai daun kesum
semangkuk air asam jawa
sedikit minyak masak[utk menumis]
garam secukup rasa

Cara-cara

1.ambil sebiji bawang kecil dan seulas bawang putih,hiris nipis[ketepikan]
2.kisar cili kering kering,bawang kecil,bawang putih,halia,jintan manis dan lada hitam.
3.panaskan minyak di dalam periuk
4.apabila minyak sudah panas,tumis bawang yang dihiris sehingga naik bau
5.kemudian tumis bahan2 yang telah dikisar hingga pecah minyak dan masukkan garam,daun kesum dan daun limau purut
6.masukkan daging yang telah dihiris kedalam periuk dan kacau selama 5 minit[perlu supaya daging dapat menyerap bahan2 tumis tadi]
7.akhir sekali masukkan air asam dan biarkan didih.