Filet Ikan Mayones

Ramuan / Bahan

5 keping isi ikan sebelah atau ikan merah
½ sudu kecil rosemary kering
½ sudu kecil lada hitam
2 cm halia ditumbuk halus
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
½ biji limau nipis ambil jusnya Bahan-bahan sos:
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar cili sos
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar air suam

Cara-cara

Gaul ikan dengan kesemua bahan di atas kecuali rosemary. Aturkan ikan di atas pinggan leper (khas mikrowave) kemudian barulah ditaburkan serbuk rosemary tadi. Masak dengan 'HIGH' selama 4 minit. Keluarkan dan curahkan sos di atasnya.

Cara membuat sos:
Campurkan kesemua bahan sos dan kacau rata. Curahkan di atas kepingan ikan.