Daging Hitam Simple

Ramuan / Bahan

Bahan A (Di rebus)
Daging 1kilo
Kicap Manis 1 botol
Sos Tiram 1 senduk
Kicap pekat 1 senduk
Air untuk merebus daging Bahan B (Di kisar)
Cili kering segenggam
Bawang besar 3 ulas
Bawang putih 1 labu
Halia sebesar ibu jari
Serai 5 btg (2 diketuk + 3 dikisar)
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Rebuskan daging hingga empuk, toskan dan diketuk (tumbuk). Masukkan semula ke dalam air rebusan tadi bersama kicap manis, kicap pekat & sos tiram. Perapkan selama 2-3 jam.
Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik aromanya. Masukkan daging bersama air rebusannya. Kacau hingga airnya hampir kering.