Daging Dendeng Melayu

Ramuan / Bahan

daging lembu setengah kilo
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar 2 ibu jari
lengkuas sebesar ibu jari
serai 2 batang ketumbar biji satu sudu besar
jintan manis setengah sudu besar
sesenduk kecil lada boh
garam, gula dan air asam jawa secukupnya
minyak masak secukupnya
air semangkuk

Cara-cara

daging direbus, kemudian dihiris dan ditumbuk. Tumiskan lada boh. Kemudian masukkan bahan yang sudah dikisar iaitu, bawang, halia, lengkuas, serai serta ketumbar dan jintan manis. berserta dengan lada boh. Bila sudah naik bau, masukkan daging berserta air. Dimasak sehingga mesra. Selepas itu barulah masukkan garam, gula dan air asam jawa. Masak sehingga sedikit kering dan sempurna.