Thick Beef Stew

Ramuan / Bahan

Bawang putih, bawang merah, halia (sebesar ibu jari)(semuanya tumbuk haus-halus), Ketulan daging (meat chunks), tepung gandum ubi kentang, carrots, kicap pekat, air mendidih, stok daging, garam secukup rasa

Cara-cara

Tumis setengah bawang putih, merah dan halia yg ditumbuk lumat tadi. Kemudian masukkan ketulan daging dan tumis hingga keluar airnya dan kering kembali. Angkat daging yg telah ditumis tadi dan masukkan ke dalam pinggan. Dalam kuali lain, tumis lagi setengah bawang putih, merah dan halia yg ditumbuk halus tadi. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati. Terus masukkan air masak yg mendidih dan kacau tepung tadi hingga betul2 sebati. Kemudian didihkan campuran itu. Setelah dididihkan, masukkan stok daging dan kacau. Masukkan kicap pekat hingga mencapai konsentrasi dan warna yang diingini. Tambahkan air dan dididihkan lagi. Kemudian masukkan ubi kentang dan tunggu hingga lembut. Kemudian, masukkan daging tadi dan carrots dan kacau. Tambah air/masak hingga sebati, hingga daging betul2 lembut. Masukkan garam mengikut rasa.