Tajin Kambing Magribi

Ramuan / Bahan

1 kilo daging kambing dipotong (saiz ½ tapak tangan)
5 biji bawang besar (dikisar bersama air)
10 biji buah prune
10 biji buah zaitun (jika ada)
100 ml kicap lemak manis
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara-cara

Rebuskan daging yang telah dicuci bersih bersama bawang yang telah dikisar. Pastikan daging ditenggelami air,jika tidak tambahkan air biasa.Air yg berlebihan lebih baik supaya daging mudah empuk.Biarkan sehingga air kering sehingga paras separuh daging.periksa keempukan daging dgn garpu.Jika masih belum empuk,tambahkan lagi air.setelah itu,masukkan buah prune and zaitun.seterusnya masukkan kicap,garam dan gula secukup rasa.