Calzon

Ramuan / Bahan

130 gm doh pizza
300 ml sos tomato
100 gm daging ayam belanda (yang disalai)
25 gm lada sayur hijau 25 gm lada sayur merah
25 gm lada sayur kuning
20 gm cendawan
100 gm keju mozarella

Cara-cara

Canai adunan sehingga 10 inci lebar dan sapukan sos tomato di atas.

Letakkan semua bahan ramuan, diikuti dengan keju Mozarella, ditengah-tengah adunan.

Lipat adunan di tengah dan lipat tepi, kemudian lengkungkan seperti bentuk bulan.

Bakar di dalam ketuhar pizza sehingga keju menjadi cair dan menjadi ranggup.

Pizza yang masak sepatutnya berwarna kuning dan kembang.