Sup Bebola Daging

Ramuan / Bahan

Bahan untuk Bebola Daging:
I kilogram Daging Lembu
6 ulas Bawang Putih
3 inci Halia
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Garam
Sedikit Tepung Jagung
Seikat Sayur Kangkung }
Taugeh }Dicelur
Sos Nampla (Sos Ikan)
10 Biji Bawang Putih & 10 Biji Bawang Merah yang telah digoreng garing (Sebagai bahan tabur).
Lada Sulah ]
Garam ]
Serbuk Perasa ]
Gula ] Secukup Rasa

Cara-cara

Rebus daging sehingga empuk. Kisar daging yang telah empuk bersama bawang putih serta halia. Campurkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama lada sulah, garam dan tepung jagung dan bulatkan seperti bebola. Rebus bebola daging ke dalam air sehingga ianya terapung (menandakan ianya sudah masak). Untuk kuah sup, gunakan air rebusan daging serta tambah air beserta lada sulah, garam, serbuk perasa, gula serta daun sup.