Stew Ekor Lembu

Ramuan / Bahan

375 g ekor lembu
2 biji ubi kentang (belah 4)
1 batang lobak merah (dipotong-potong)
1 biji bawang besar 4 sudu besar tepung jagung
½ sudu kicap besar
½ cawan air
Sedikit garam

Cara-cara

Ekor lembu direbus hingga empuk, simpan airnya. Panaskan minyak dan goreng bawang, kemudian tuangkan 1/2 cawan air rebusan tadi. Masukkan lobak merah serta ubi kentang. Masak hingga empuk. Tuangkan bancuhan tepung jagung, kemudian masukkan ekor lembu. Masukkan kicap dan garam kacau rata-rata.