Singgang daging

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan
1kg daging @ tulang rusuk
10 ulas bawang merah-mayang
5 ulas bawang putih-mayang
2in halia- mayang
4 in lengkuas- kisar
7 @ 9 biji cili keing- kisar


5 keping asam keping
Sedikit ketumbar-kisar
Garam secukup rasa
serbuk perasa
Air secukupnya

Cara-cara

Daging dipotong 4 segi lebar, kemudian dibasuh dan toskan. Lengkuas, cili keing dan ketumbar dikisar. Sementara bawang merah, bawang putih dan halia dimayang. Setelah siap kesemuanya, masukkan kedalam periuk bersama-sama kesemua bahan-bahan tadi termasuk asam keping, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih dan masak sehingga daging betul-betul masak.