Burek

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan pita:
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
ΒΌ cawan minyak
Sedikit mentega Bahan-bahan inti:
300 gm daging kisar
4 biji bawang besar, didadu kecil
4 ulas bawang putih, dihiris
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Cara-cara

Cara membuat pita:
Gaul tepung gandum bersama garam. Tuang air dan uli 10 minit hingga menjadi doh (tidak lekat pada jari). Ketepikan.

Cara membuat inti:
Satukan semua bahan dan gaul rata. Ketepikan.

Cara membuat pita burek:
Canai doh hingga nipis (seperti membuat roti canai.) Sapu sedikit minyak di permukaan tepung. Tabur inti di atasnya dan gulung tepung. Letak di atas dulang pembakar. Letak sedikit mentega di atas gulungan tepung. Bakar hingga garing.