Serunding Kelapa Bersarat Daging

Ramuan / Bahan

½ kg daging lembu
2 biji kelapa parut
30 gm jintan manis kasar (dikisar)
30 gm jintan putih kasar (dikisar)
30 gm biji ketumbar (dikisar)
4 cm kulit kayu manis
10 ulas bawang merah (dikisar) 2 cm halia (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 batang serai (dimayang halus)
200 gm gula pasir
1 sudu besar garam
10 tangkai cili kering (dikisar)
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara

Tumis bahan-bahan kisar bersama rempah kasar sehingga ia berbau harum.

Masukkan serai dan daging lembu. Kacau sehingga daging empuk.

Masukkan kelapa parut, gula dan garam secukup rasa. Masukkan santan kelapa pekat.

Kacau sehingga ia kering dan biarkan kalapa menjadi kemerah-merahan.

Angkat dan hidangkan, makan bersama lemang, ketupat dan sebagainya.