Serunding Kambing Bercili

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih, dicincang halus
3 biji cili merah, dicincang halus
2 cm halia, dicincang halus
4 tangkai cili kering, dikisar
50 gm serai, ditumbuk
¼ camca teh jintan manis ¼ camca teh jintan putih
¼ camca teh serbuk ketumbuk
Sedikit air
200 gm daging kambing Austarlia, dihiris nipis
½ cawan kerisik
Sedikit garam, gula dan serbuk lada putih

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili, serai, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar. Kacau hingga pecah minyak. Tuang sedikit air dan masukkan daging. Masak hingga daging empuk dan kering. Setelah ia benar-benar kering, masukkan kerisik, garam, gula dan serbuk lada putih. Kacau rata dan hidangkan panas-panas.