Serunding Daging Kelapa

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menumis
½ camca besar jintan manis
1 camca besar ketumbar
300 gm daging, dipotong dadu
Perahan sebiji limau nipis
Sedikit garam dan gula 1 biji kelapa parut
6 tangkai cili kering-dikisar
5 biji bawang merah-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
2 cm kunyit hidup-dikisar

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan jintan manis, ketumbar, daging, perahan limau nipis, garam dan gula. Masak hinggga daging empuk sebelum memasukkan kelapa. Masak menggunakan api perlahan dan kacau hingga kering.